PN NORMAH BT SELIMAN
GURU BESAR SK (LKTP) BUKIT SAGU 1
|
Assalammmualaikum dan salam sejahtera
Semoga warga skka dalam kebahgiaan dan dirahmati Allah.
Alhamdulillah, dengan limpah rahmat dan izinNya, saya di tetapkan olehNya memikul tugas dan amanah membawa 'A' utk diletakkan dihadapan perkataan 'aur' agar ialah menjadi perkataan 'Aura'.
SK Kg Aur perlu ada aura yang tersendiri dan auranya ialah aura kecemerlangan dalam semua aspek. 8 area sekolah perlu menerbitkan auranya secara kolektif, kolaboratif, partisipatif dan ownership. Kita bergerak sederap, kita melangkah seiring dan kita saling bantu membantu menutup kelemahan dan menjadi kekuatan organisasi kita untuk menerbitkan aura itu.
Kita mulakan langkah kecemerlangan dengan menghilangkan rasa kejengkelan sesama kita, kita atasi kelemahan dengan memanipulasi semua kekuatan kita. Percayalah, insya Allah...jika niat kita betul, jika sanggup bertolak ansur dan bantu membantu...tidak mustahil kita dapat menggamit bintang di langit. Bintang yang bernama bintang kecemerlangan.
Untuk tahun 2009, Sharing kita cukup mudah. Pertama semua partition mesti memegang konsep ..easy to access..permudahkan capaian maklumat, capaian kerjasama, proses penyampaian. Mudah dan berkesan. Kita mulakan dengan prasarana maklumat dan kita lakukan dengan sistematik. Bila asas kita kukuh dan kita happy...langkah seterusnya akan jadi mudah.
Akhir kata..bantulah saya dan sokonglah saya...kerana tanpa guru dan staf semua...SKKA menjadi hampa dan tidak bermakna...saya bekerja bukan kerana nama, saya datang bukan nak menyusahkan sesiapa...cuma saya datang sekadar membantu SKKA mencapai kemanisan kecemerlangan...cemerlang dengan gaya kita sendiri dan Visi SKKA mulai kedatangan saya..ialah PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA. |
|